wahai hati,

teruskan berusaha dan teruskan tersenyum...

Selasa, 3 September 2019

ZHULIAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Selamat petang. 

Hari ni saja nak share product zhulian. Sejak2 dah join zhulian ni, macam2 benefit dapat.. sihat dapat, cantik dapat, duit pun dapat.  Opsss!!!  Hehehe. Kalau ada yang nak join team nufa, just let me know ok. 🥰 yang betul2 nak cari duit, meh join nufa.  Follow ig @zhulianrawangselangor .. then dm or direct whatsapp nufa ok. Nufa guide a-z🥰  

Jumaat, 2 Ogos 2019

ME TIME

﷽ 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

haluuuu.  selamat petang. hari ni keluar rumah setelah beberapa hari tak keluar😂 Mr.Syah bawa pergi petronas je.  beli tealive.. Mr. Syah dalam process explore semua perisa tealive. so tadi dia order RED BEAN PEARL MILK TEA, nufa mcm biasa dah jatuh cinta dgn BLACK DIAMOND ADD ON PEARL🥰 . and ofkoz nufa tanya, boleh tak nak beli benda lain selain tealive. soooo. tadaaaaaa. ni la hasil tangkapan nufa tadi. bab makan xpernah berkira langsung😂😂 mana la nufa tak semangat macam sekarang ni😂😂😂






Im Back !!! maybe😂😂

﷽ 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

lama nufa x jenguk blog ni. bersawang dah ni. bila baca balik semua tu rasa kelakar pula.  so now. nufa pon dah jadi isteri orang. kami rancang lain, tapi lain yang jadi.  perancangan الله‎ lagi terbaik dan hebat.  ٱلْـحَـمْـدُ للهِ. bahagia sampai sekarang. dah 3 tahun dah pun kami berkahwin. syukur.   إِن شَاءَ اللّٰه‎. ada rezeki nanti nufa aktif smula ok. kita delete dulu yang lepas2 tu. hehehe. 


thank you🥰🥰🥰

Sabtu, 20 Jun 2015

Hari Ke ³ Puasa - 2015

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.. hari ni hari ke 3 berpuasa... n hari ke 3 juga berniaga di bazaar..
mniaga apa???
- ikan bakar (pari, talapia, kembung, cencaru)
- ayam percik kelantan
- brain² ( otak² )
- air (jagung, tembikai, asam boi)
tu jek..myb akn bertambah nnti..hihi...
seronok sangat...dapat berniaga bsama kesayangan. mana x sonoknye kan? dapat bljr bnda bru tntg dia.. tntg bisnes... mcm² lagi... yg penting olwez together .. semangat bersama tu mesti ade... harap sgt bsnes ni dpt bkembang... in sha allah ..smoga semuanya tercapai..

Jumaat, 22 Mei 2015

MADU DAN KAYU MANIS - SIAPA PERNAH TERFIKIR?

MADU DAN KAYU MANIS - SIAPA PERNAH TERFIKIR?
Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya madu tetap madu.
Bagaimanapun bila ditinggalkan ditempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan menghablur atau kristallized. Apabila ianya berlaku didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu kedalam air panas dan tutup api dari terus menyala dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.
Tetapi jangan didihkan madu atau masukkan kedalam mikrowave kerana ianya akan merosakkan enzim-enzim berguna dalam madu.
Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis BOLEH MENYEMBUHKAN HAMPIR KESEMUA PENYAKIT. Madu boleh didapati di semua negara dunia.
Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan TANPA SEBARANG KESAN SAMPINGAN untuk apa-apa jenis penyakit.
Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat ianya tidak akan menimbulkan kesan buruk termasuk kepada pengidap kencing manis.
Berikut Ini adalah diantara kajian dari saintis barat :
1.PENYAKIT JANTUNG :
Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti jem). Ianya akan mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack).
Kepada mereka yang pernah diserang serangan jantung apabila amalan ini dibuat secara harian ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya.
Penggunaan secara tetap amalan diatas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung untuk mengepam.
Di Amerika dan kanada pelbagai jururawat dirumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.
2.RADANG SENDI (ARTHRITIS) :
pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama dengan 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ianya diambil secara tetap pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh.
Dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat pesakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi.
mereka mendapati bahawa dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya dalam seminggu dan dalam sebulan hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.
3.JANGKITAN PUNDI KENCING:
ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman dalam pundi.
4. Kolesterol :
Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol didapati bahawa kandungan kolesterol dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam.
Apabila ianya diambil sebanyak 3 kali sehari sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.
5.SELESEMA :
bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus demam dan membersihkan sinus (ruang udara dalam tengkorak sekeliling hidung).
6. PERUT MERAGAM :
Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.
7. IMUN SISTEM :
penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).
8.TAK HADAM :
Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.
9. INFLUENZA :
Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.
10. MENGELAKKAN PENUAAN MELEBIHI UMUR : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis bila diambil secara tetap mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari.
Ianya akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun.
(dalam Islam kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan diatas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah umur kita akan panjang)
11. SAKIT TEKAK :
apabila tekak rasa tidak selesa ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.
12. JERAWAT :
3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini diatas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu ia akan membuang jerawat dari akarnya.
13. JANGKITAN KULIT :
Sapukan campuran madu dan serbuk kayu manis dalam kadar yang sama pada kulit yang terkesan akan menyembuhkan ekzema dan semua jenis jangkitan kulit.
14.HILANGKAN BERAT BADAN :
Pagi sejam setengah sebelum sarapan pagi, tika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur minum madu dan serbuk kayu manis dalam air suam.
Jika diambil secara tetap ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika diminum secara tetap ianya TIDAK AKAN MEMBENARKAN LEMAK UNTUK BERKUMPUL dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.
15. KANSER :
Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.
16. TIDAK BERTENAGA:
kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible.
Dr. Milton yang menjalankan kajian ini mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.
17. KESUKARAN BERNAFAS :
penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.
18. Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran.
Rujukan : Dr Zulkifli Sharif

Khamis, 30 April 2015

Tips Kesihatan - Petua Menghilangkan Sakit Tekak

Petua pertama menggunakan asam jawa. Buat jus asam jawa yang pekat kemudian minum. Kalau rasanya tekak korang tak dapat terima rasa asam jawa yang masam tu, nak lagi sedap boleh letak gula yer,  tapi pastikan tak la manis sangat. Kang penyakit lain pulak mai..Yang nie paling senang nak praktik.

Petua kedua mnggunakan buah kembang semangkuk. Rendamkan sebiji dalam sebuah mangkuk dan minum airnya. Kalau nak lebihkan dua atau tiga biji tu terpulanglah. Buah kembang semangkuk nie boleh beli kat kedai cina ubat. Tapi syarat utamanya kena rendam dalam mangkuk yer korang, kalau rendam dalam cawan ker, tak mujarab sebab namanya kan kembang semangkuk.haha..

Petua ketiga menggunakan asam keping. Ambik beberapa keping asam gelugur, kemudian bakar hingga hangus. Pastu tumbuk dan gaulkan dengan sedikit air sirih. Kemudian sapukan pada bahagian tekak yang sakit. Emm yang nie, aku rasa susah sikit. Kalau setakat asam keping boleh la aku beli kat kedai, tapi bab air sirih tu, mana la aku nak cari..


Petua terakhir nie berbunyi agak pelik. Tapi Mak Ngah aku yang bagi. Belum cuba belum tau. Kali nie menggunakan susu cair. Beli jer jenama apa pun kat kedai kemudian simpan dalam peti ais. Jangan bekukan, sejukkan jer kat bawah semalaman. Bangun pagi-pagi terus minum. Jangan la kasi habis satu tin, cukup setakat teguk sikit jer. Tapi kalau korang nak boleh jer minum sampai habis! Semalam tak sempat beli susu cair. Rasanya macam nak cuba sebab antara semua petua yang nie paling sedap! hehe dah sakit pun nak jugak sedap kan..

Rabu, 29 April 2015

Tips Kesihatan - Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka


Pilihan 1: Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih. Tumbuk daun pegaga sehingga hancur. Campurkannya dengan sedikit air. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga. Kacau semua campuran tersebut sehingga sebati. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.

Pilihan 2: Ambil sebiji terung muda. Kemudian, gosokbahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda, terutamanya di bahagian dahi dan pipi. Jangan dibuang dulu terung tersebut. Sebaliknya, potong lagi selapis bahagian dalam terung tersebut. Kemudian, ulangi langkah nombor 2. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.

Pilihan 3: Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari. Giling cekur sampai lumat. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk. Sapukan campuran tersebut ke muka anda. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Pilihan 4: Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.

Pilihan 5: Campurkan 1 sudu besar madu lebah dengan 1 sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkannya 2 kali seminggu.

Pilihan 6: Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkannya setiap hari.

Pilihan 7: Giling 3 sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan biarkan ia kering. Cuci dengan bersih.

Pilihan 8: Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka anda. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.

Pilihan 9: Kisar 2 biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Amalkannya selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.

Pilihan 10: Setiap kali anda mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Pilihan 11: Ambil 1 biji buah tomato masak. Lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkannya 2 atau 3 kali seminggu.

Pilihan 12: Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

by : Rahsia Hawa

Kesan Minum AIS semasa/selepas makan.



Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini..... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!

Tips Kesihatan - 4 Makanan Yang Dilarang Ketika Sedang Haid?




Sakit ketika haid adalah perkara normal bagi wanita yang sudah mencapai waktu matang. Di sini kami kongsi 4 jenis makanan yang perlu dielakkan ketika haid.









1. Coklat
Elakkan dari mengambil makanan seperti teh, coklat, soda dan kopi ketika waktu haid datang kerana kandungan kafein boleh menyempitkan saluran laluan pembuluh darah dan akan membuat badan dehidrat di mana akan menyebabkan badan kita sakit kepala, kegelisahan sepanjang masa dan membuatkan kita rasa kurang selesa.

2. Makanan Tambahan
Antaranya seperti makanan dalam tin, MSG ataupun makanan yang mengandungi natrium lebih 200mg.



3.Produk Tenusu
Susu biasanya mengandungi asid arachadonic iaitu akan merembeskan prostaglandin yang akan menyebabkan kekejangan.



4. Makanan Bergoreng
Makanan berlemak biasanya akan meningkatkan kadar estrogen dalam badan yang akan menyebabkan perubahan pada rahim badan.



#SumberDari_SuperHot

Tips Kesihatan - Beza Pantang 44 Hari, 100 Hari, 6 Bulan dan Setahun Bagi Wanita?? Wajib Tahu??!!!



Berpantang ini merupakan amalas WAJIB bagi mereka yang bersalin. Namun semakin lama, berpantang selepas bersalin semakin diambil remeh di zaman sekarang. Berpantang bukan sahaja tidak boleh makan sesuka hati namun perlu mengurut, bertuam, bertungku, dan berbengkung.




Sekiranya di abaikan amalan pantang ini, kesan akan ketara pada kemudian hari. Selepas bersalin, dalam tempoh 44 hari, si ibu tidak digalakkan keluar rumah dan harus banyak berehat. 44 hari ini adalah diwajibkan kerana boleh mengurangkan angin dalam badan, bertenaga dan juga stabil dari emosi.


Sekiranya ingin bersama suami, digalakkan selepas hari yang ke 50, bagi memastikan si ibu kembali bertenaga dan sihat. Para ibu juga perlu elakkan dari mengambil makanan yang sejuk dan perlu amalkan memakan jamu.


Paling penting elakkan dari mandi air sejuk dan kerapkan mandi dengan suam dan perlu memakai stoking bagi mengelakkan rasa sejuk naik melalui kaki.

Pantang ketika 6 bulan pula ialah si Ibu perlu menjaga pemakanan kerana baby masih belum mampu menelan makanan kurang lembut. Senaman juga tidak digalakkan lagi ketika ini.


Pantang ketika setahun pula adalah dengan elakkan minum air yang berais dan juga makan laksa dan juga pulut.

#SumberDari_SuperHot

Selasa, 28 April 2015

Study Story - April2015

tadaaaa... my convocation day.... lastly... setelah berperang selama 2 thun.... huhu... mcm² ragam time stdy dlu... klu nk di ingtkn blik... mau bosan korang nak baca... xpe..nnti nufa share... now tgh kje..xleh nak cite pnjg... balik nnti in sha allah nufa akn cerita dari first msuk smpi la akhir...�� now nk sambung buat kerja... ��

TIPS YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENARIK MINAT IBU BAPA PASANGAN UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI MENANTU...

ASSALAMUALAIKUM, 



Restu keluarga amatlah perlu untuk hubungan yang serius dan kekal lama. Justeru itu, anda hendaklah pandai untuk memikat, mengambil hati dan meyakinkan hati ibu bapa pasangan anda bahawa anda boleh menjaga, membahagiakan dan bersama dengan anak mereka sampai bila-bila. Ramai yang di luar sana rasa takut untuk berjumpa dengan ibu bapa pasangan mereka atas beberapa sebab.

Antara sebab rasa takut untuk berjumpa keluarga pasangan:
1 TIDAK MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI
2 TIDAK BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA ANAK ORANG
3 TAKUT TIDAK DISUKAI OLEH KELUARGA PASANGAN
4 MALU BERSEMUKA DENGAN KELUARGA PASANGAN

5 MASIH ADA PILIHAN LAIN

Restu ibu bapa sangatlah penting dalam hubungan. Jangan anda sia-siakan harapan orang tua anda dengan membelakangkan keluarga dengan adanya hubungan cinta anda. Restu ibu bapa perlu kerana merekalah yang membesarkan anda dan pasangan. Anda seharusnya berpegang pada prinsip ini:
"JIKA INGIN BERKAHWIN DENGAN ANAKNYA..HARUSLAH BERKAHWIN DENGAN KELUARGANYA SEKALI..."
Berkahwin dengan keluarga bukannya bermaksud bernikah dengan keluarganya sekali. Maksudnya, anda hendaklah meyakinkan keluarga si dia yang anda boleh menjaga anaknya seperti mana anda meyakinkan anaknya bahawa anda ingin berkahwin dengannya.



TIPS YANG BOLEH ANDA LAKUKAN UNTUK MENARIK MINAT IBU BAPA PASANGAN UNTUK MENJADIKAN ANDA SEBAGAI MENANTU...


JIKA ANDA---->___________(ikut jantina anda)


LELAKI
1 Mengajak keluarga pasangan solat berjemaah beramai-Ramai.
2 Sukarela menjadi imam semasa berjemaah dengan keluarga pasangan.
3 Tunjukkan anda ini seorang yang bertanggungjawab.
4 Teman ibu pasangan ke pasar.
5 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
6 Bila gaji, belanja ibu bapa pasangan makan di luar.
7 Belikan sesuatu untuk ibu bapa pasangan apabila outstation.
9 Tunjukkan bahawa anda ini seorang yang berpelajaran.
10 Ajak ibu bapa pasangan berkenalan dengan ibu bapa anda.



PEREMPUAN
1 Menutup aurat dan sopan apabila berjumpa dengan ibu bapa pasangan.
2 Tunjukkan kehebatan anda memasak di dapur.
3 Tidak janggal bersembang dengan ibu pasangan dan menganggap ibu pasangan macam ibu sendiri.
4 Tunjukkan anda ini seorang yang berpelajaran dan bertanggungjawab.
5 Tidak sombong dengan ahli keluarga yang lain.
6 Amalkan senyum.
7 Tunjukkan yang anda mempunyai didikan agama.
8 Kongsikan minat anda bersama ahli keluarga pasangan.
9 Tunjukkan yang anda ini seorang yang penyayang budak-budak.
10 Buatkan ibu bapa pasangan gembira dengan anda.

Pesanan einaangel: Jom ikut tips ini. Yeay!!! Selepas anda berjumpa dengan ibu bapa pasangan anda, pasti hubungan anda akan makin terhias dengan restu mereka!! Peace!



#sumber dari EinaAngle

Petua Untuk Memastikan Lelaki Yang Anda Inginkan Itu Sudah Matang





1. Dia menepati janji-janjinya.
2. Dia tahu bagaimana untuk memberi.
3. Dia meminta nasihat daripada orang lain.
4. Dia menerima kritikan dan mengakui segala kesalahannya.
5. Dia memberi penghargaan kepada sesiapa yang berhak menerimanya.
6. Dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahannya.
7. Dia bertindak dengan penuh tanggungjawab dan baik hati terhadap orang lain.
8. Dia tahu bagaimana untuk menjadi pendamai.
9. Dia tahu bagaimana untuk memberi pujian kepada orang lain.

10. Dia boleh bertolak-ansur dengan ketidaksempurnaan orang lain

PETUA MENGHILANGKAN KEDUT



Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Teknik dan Seni Beri Arahan pada Anak

(dah macam mak2 dah nufa nikan...hehhee)

Peringatan untuk diri sendiri dan ibu2 sekalian..


Sebagai ibu bapa, agak sulit menangani anak-anak yang susah mendengar kata. Lazimnya, apa yang diarahkan sukar dilaksanakan mengikut kemahuan ibu bapa. Malah sikap bertangguh atau membiarkan arahan yang diberi begitu sahaja menjadi amalan segelintir anak-anak ini.

Tentunya senario yang berlaku memeningkan kepala malah jika tidak diatasi segera mungkin menjadi nanah yang memakan kebahagiaan sesebuah keluarga. Usah gusar kerana masih ada jalan penyelesaiannya.

1Berfikirlah Sebelum Bercakap

Katakan anda berjanji untuk bersiar-siar dengan anak tetapi hakikatnya anda telah lewat lima belas minit kerana bersiap. Tidak cukup dengan itu, anda minta bantuannya supaya mengemas ruang tamu serta bilik yang sedikit bersepah. Sekiranya tidak diselesaikan maka aktiviti yang dirancang akan dibatalkan sama sekali. Situasi ini tentunya mewujudkan rasa tidak puas hati anak terhadap anda sekali gus melahirkan anak-anak yang berfikiran ‘selective hearing’. Sebaiknya, ambil masa satu kedua minit untuk berfikir sebelum arahan dikeluarkan dan jangan lupa pastikan arahan tersebut jelas dan mudah difahami oleh anak-anak ini.

2 Belajar Kawal Emosi

Secara logiknya, ibu bapa yang marah akan meninggikan suara. Akibatnya, si anak akan berikan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda katakan. Hakikatnya bukan itu yang terjadi. Anak-anak mungkin diam ketika anda sedang beremosi tetapi mereka kurang mendengar butir bicara yang ada luahkan ketika itu. Lazimnya, anak-anak ini akan beri tumpuan kepada emosi dan bukannya perkataan yang diucapkan. Oleh itu, berbicaralah dengan tenang, jelas dan khusus bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Lantaran itu, berfikirlah sebelum bertindak dan tentukan apa yang anda inginkan. Jadikan kata-kata atau arahan yang anda berikan sebagai penyampaian yang berkesan buat mereka.

3 Dekati Anak Untuk Respon Yang Lebih
Memang mudah untuk menjerit dari dua ruang yang jauh di dalam rumah, tetapi ia kurang efektif untuk dipraktikkan. Si anak akan berikan respon yang lebih baik sekiranya ibu bapa datang bersemuka dengan mereka. Apabila anak-anak ini berada di hadapan mata, anda dapat lihat adakah si anak beri perhatian atau tidak terhadap apa yang dikatakan. Tidak dinafikan bersemuka dengan anak menuntut waktu yang lebih tetapi bila dilakukan berulang kali, hasilnya pasti berbaloi.

4 Berusaha Untuk Berubah

Membaca artikel ini tidak mampu mengubah keadaan sekiranya anda tidak bertindak dan berusaha untuk mengubahnya. Ingatkan diri sendiri tentang keinginan dan tujuan sebenar selain memberi masa kepada diri untuk menguasai tips-tips yang telah diberi. Bukan mudah menjadi ibu bapa yang baik tetapi dengan inisiatif yang telah dipraktikkan, insyaallah segala yang dirancang mampu berjalan dengan lancar. Yakin dan percayalah pada kebolehan diri anda bagi melahirkan anak-anak yang berjaya.


Sumber: Mingguan Wanita


Love Story - EX

assalamualaikum,
hari ni saja nak share cerita n pengalaman hidup... lama dah x share asyik sibuk dengan kerja je... now nk cerita tentang??? perasaan..... sbelum tu... nufa nak tanya.. ap prasaan korang bila arwah(ex bf/gf yg masih hidup ..haha) korang cari korang waktu dorang tgh susah... n then korang ni baik sgt n tolong die... tu x ksah la sbb nufa pun buat begitu..haha... sbb ape tlong?? sebab kesian lah..xkn sbb nk getback balik an??? hihihi... tapi.. arwah(ex) tu x thu malu ke ? sbb minx tlg dkt kite ni? sdgkn dlu die yg tgglkn kite?? haishhhh... hairan kan??
#AkuMaafkanKamu

Tips Kesihatan - Stress dan Akibatnya



Keadaan atau masa yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini.

Adakah anda tahu mengenai pelbagai kesan stres ke atas sistem tubuh kita? Ia boleh merosakkan beberapa sistem. Ia malah mampu melemahkan tubuh kita hingga ke satu tahap di mana sistem imun berputus asa.

Daripada hanya membaca maklumat ini begitu sahaja, adalah penting untuk kita mengambil pendirian. Buatlah keputusan untuk membuat apa saja yang terdaya untuk mengurangkan kesan buruk stres. Stres boleh membunuh, justeru jangan biarkan ia membunuh anda atau orang yang anda sayangi. Individu yang mengalami stres sentiasa kehilangan tenaga yang diperlukan untuk menjalani kehidupan seharian. Jika ini berlaku, ianya boleh menyemai sikap negatif dalam kehidupan mereka. Kemurungan akan berlaku dan mencetuskan kesan negatif kepada kehidupan individu berkenaan.

Kegagalan menangani stres juga boleh membawa kesan buruk ke atas kesihatan seseorang. Lazimnya sistem imun dapat mempertahankan tubuh dari penyakit. Namun begitu, stres boleh melemahkan sistem imun. Jika ini berlaku, individu berkenaan akan lebih mudah mendapat penyakit berbahaya seperti kanser dan masalah jantung. Pada masa yang sama, jika dia sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, ianya boleh memburukkan lagi keadaan.

Umum mengetahui penyakit jantung merupakan penyebab kematian nombor satu di dunia. Sebahagian dari simptom atau pertanda penyakit jantung mempunyai kaitan dengan stres. Peningkatan tekanan darah yang mendadak dan debaran jantung berterusan adalah antara tanda-tandanya. Berasaskan fakta-fakta tersebut, adalah penting untuk seseorang untuk berbuat sesuatu sekiranya mereka mendapati diri mereka tidak berupaya menangani stres. Mereka perlu mengatasi masalah tersebut secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa stres yang boleh membunuh.

Cara Mudah untuk Mengatasi Stres

Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan kesan buruk stres. Dengan mengamal langkah-langkah berikut, risiko untuk mendapat kesan buruk stres dapat dikurangkan.

1. Pemakanan yang Betul

Makan makanan yang betul membantu kita menghadapi cabaran kehidupan seharian. Pastikan anda tidak terlupa untuk makan pada waktu makan agar anda mempunyai tenaga yang cukup untuk melaksana tugas seharian. Pada masa yang sama, mengambil diet yang seimbang akan menjamin tubuh mendapat zat makanan yang diperlukan. Justeru pastikan anda mengambil makanan yang menyumbang kepada kesejahteraan anda. Ambil protein, vitamin B (B6 dan B12), asid folik dan mineral.

2. Jangan Membebankan Diri
Kadangkala seseorang itu terlalu bercita-cita tinggi dan terlupa akan kemampuan diri. Justeru penting untuk kita mengelak diri dari mengambil tugas lebih dari yang mampu dilaksanakan. Laksanakan tugas sedikit demi sedikit. Pecahkan tugas yang besar kepada beberapa tugas kecil yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang lebih pendek. Dengan cara ini, ia akan meringankan beban tubuh dan minda kita.

3. Berehat

Jika anda selalu sibuk dan tidak cukup tidur, fikir semula baik-baik. Badan kita perlu rehat selepas bekerja untuk beberapa ketika. Justeru jangan biarkan seminggu berlalu tanpa rehat dan tidur yang nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas melaksana beberapa siri tugas berat. Mendengar musik klasik yang baik atau mengambil masa untuk bersendirian dan merehatkan minda akan membantu kita dalam jangka masa yang panjang.

4. Berinteraksi dengan Famili dan Rakan
Adalah bagus menjadi seorang yang kuat kerja. Namun begitu jangan lupa, sebagai seorang manusia kita memerlukan sokongan orang di sekeliling kita. Pastikan anda meluangkan masa untuk melakukan aktiviti masa lapang bersama famili dan juga rakan-rakan. Ini akan menghilangkan sebarang kerungsingan yang bermain di minda. Dalam masa yang sama ianya akan menolong anda membina pandangan positif apabila anda kembali bertugas.

Stres sebenarnya boleh membunuh tetapi ianya tidak perlu begitu. Penting untuk seseorang itu mempunyai kawalan ke atas kehidupannya. Lindungi diri dan kesihatan dengan mengamalkan langkah-langkah yang akan membantu mengurus stres dengan baik.